Selamat Hari Raya Aidilfitri



Hello Malaysia ! tak kira dimana pun anda berada, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari kami yang jauh dimata tetapi dekat di hati. Ini adalah tahun pertama kami beraya di perantauan, semangat menyambut perayaan kurang kali ini, tidak seperti tahun-tahun yang lepas, mungkin kerana ketiadaan suasana raya disini dan yang paling pasti kerana jauh dari keluarga masing-masing. Tetapi, kami sungguh bertuah dan bersyukur kerana kami masih lagi berpeluang menyambut Hari Raya di kedutaan Malaysia. 


Sehari sebelum Raya...

Effat dan Afiq sibuk mengacau dodol







Lemang yang sedang dibakar 


Pada pagi Hari Raya pertama, kami ke Kedutaan Malaysia, kami semua diberi peluang untuk meraikan bersama-sama dengan mereka disini. Terdapat berbagai juadah makanan seperti lemang, ketupat, kuah lodeh, rendang, sambal kacang dan berbagai - bagai lagi. Kami juga sempat menyumbangkan suara untuk beberapa lagu. Sangat menyeronokkan tapi dalam hati masing-masing hanya tuhan saja yang tahu. Dan kami juga telah menerima jemputan rumah terbuka dari Colonel Adnan Haji Ariffin.


Menunggu TukTuk 

Kecik menikmati makanan 


  Rumah Terbuka "Colonel Adnan Haji Ariffin"



Pulang ke rumah dengan senang hati..



Pada raya kedua, Datuk Pg Hj Mohd Hussein, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary Embassy of Malaysia telah menjemput kami ke rumah terbuka beliau. Terima Kasih Datuk dan Datin. Tidak lupa juga, duit raya yang telah diterima. 


Effat, Wawa dan Kecik

Afiq 

Citra and Wan


Bergambar bersama Datuk dan Datin


K a m i 


Superb Cupcake !

Kenangan Terindah






Terima Kasih pada semua yang sentiasa menyokong kami.


Selamat Hari Hari Raya


Maaf Zahir & Batin



No comments: