Let’s holiday!
Pada sabtu 1 sept 2012, kami
semua ke preah sihanouk breach. Tak sangka plan menjadi, mula macam- macam hal,
ada yang nak pegi, ada yang tak nak, akhirnya semua pergi jugak. Kami bertolak dari rumah pukul 9 pagi,
untuk menaiki bas kul 10.00pagi, perjalanan dijangka 4 jam tapi menjadi 5 jam,
mungkin kerana cuaca hujan. Bas yang kami naiki memang dikatakan tidak selesa, dengan
bermacam macam bau, sempit dan bermacam ragam manusia kami jumpa. Memang ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
|
Pandangan dari Bas |
Kami sampai pada pukul 3 petang,
kami menaiki tuktuk untuk mencari penginapan yang berdekatan dengan pantai.
Kebanyakkan dari Guest House (paling murah) penuh kerana ramai datang bercuti,maklumlah hujung minggu, akhirnya kami membuat keputusan menginap di Guest House dengan harga 20usd
semlm (aircorn, TV 80 channel, 2 single bed), 2 bilik. Kami berehat sekejap dan
kemudian ke pantai, berjalan kaki dalam 5minit dari tempat penginapan.
|
Guest House |
|
Cuaca Cantik |
|
Lepaking
|
Kami juga sempat menaiki “banana
boat”, yang kelakarnya kami terjatuh dahulu sebelum ditarik. Mungkin
ketidakstabilan badan masing-masing. Yang paling best, kami boleh makan makanan
laut, memamg murah, dengan harga 5usd, boleh dapat udang hampir 30 ekor. Selain
udang, sotong dan ketam juga boleh didapati dengan harga yang murah. Memang
malam itu, kami hanya makan makanan laut sahaja sambil menikmati permainan bunga
api oleh mereka yang datang pada malam itu.
|
Udang bakar |
|
Menikmati sotong panggang |
|
Banana Bot |
|
Kecik menikmati ketam bakar |
|
Pulang... |
No comments:
Post a Comment