Perjumpaan dan Jamuan Makan Malam bersama pelajar-pelajar UNiKL dan pemilik rumah


Pada 30 Mac 2013 yang lalu, satu Majlis Makan Malam serta sesi perjumpaan  beramah mesra untuk kali pertamanya bagi semester Januari 2013 telah diadakan di Kediaman kami di Psar Derm Tkov, Phnom Penh, Cambodia.  Aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar-pelajar UNiKL dan juga pemilik rumah dan ahli keluarga beliau, nama si cantik jelita pemilik rumah ini bernama Bong Manith dan suaminya bernama Bong Suron                    ( Sorry jika salah spelling ).

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan sepatah dua kata dari Amir Taufiq iaitu salah satu daripada kawan kami, di Kediaman Rasmi yang kemudiannya diteruskan dengan sesi beramah mesra  di antara pelajar-pelajar dari UNiKL dengan para ahli keluarga pemilik rumah dan jamuan makan malam bermula pada jam 7.30 pm                                ( waktu Phnom Penh ).
   
Menu yang kami hidangkan adalah nasi ayam, agar-agar milo susu, air coke dan juga air anggur, serta pelbagai lagi juadah hasil masakan dari Bong Manith sekeluarga, menu yang dihidangkan oleh keluarga beliau adalah popia gulung udang + sayur-sayuran, nasi goreng Cambodia, kerang rebus, dan juga ikan berlada.



Permainan Cambodia


Bukhari, Bong Manith & Ayu ( Cute Boy )


Winie menjadi mangsa Bong Manith :)


Chicken Dance !!!


Permainan Cambodia ( part mencari pemangsa )



Tarian Poco-poco ( So...Fun !!! )



Budak comel yang bernama Ayu... ( Oppa Gangnam Style )


Hidangan Untuk kami ... Delicious!! 



 
Selesai jamuan makan malam bersama, kami telah di jemput untuk meraikan lagi majlis dengan pelbagai permainan Cambodian dan permainan Malaysia, tidak terlupa juga kami telah mengadakan 3 tarian iaitu, “oppa gangnam style” oleh anak pemilik rumah yang bernama Ayu berusia 4 tahun, tarian beliau sangat menarik perhatian kami semua. Kemudian tarian kedua adalah poco-poco, diiringi oleh Akma, Bukhari, pelajar-pelajar UNiKL dan juga ahli keluarga Bong Manith. Dan tarian yang terakhir adalah “Chicken Dance” kami sangat terhibur apabila menari tarian tersebut, seolah-olah berada pada zaman kanak-berusia 5 tahun, kami dapat rasakan kami dalam sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Sesi pertemuan seperti ini adalah hasil usaha dari kami semua yang terlibat agar para pelajar-pelajar UNiKL berpeluang mengeratkan hubungan silaratulrahim sesama sendiri di samping juga menjadikan peluang untuk mereka berjumpa sesama sendiri. Sekian Terima Kasih. J

Dari Bella . . .

No comments: