Intralog part1: Cambodia, the journey of 10 UniKL-ians  

The Journey Just Begin


 Assalamualaikum dan selamat pagi, 

sebelum tuh mintak maaflah kalau tajuk dalam BI tulis dalam BM, al-maklumlah nak bagi orang senang faham...

Okay, disaat post ini ditulis, maka dah lebih dua minggu lah kami semua bertapak disini, Jadi, macam-macamlah kenangan yang kami semua dah dapat kat sini, sedih, happy, geram, kena tipu dengan peniaga disini dan lain-lain lagi...

Memang betullah orang tua2 ckp, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, jadi lebih baik duduk di negeri sendiri sbb walaupun hujan batu, kesenangan di negeri sendiri lebih terasa dari negeri orang..

WHY ?

Sbbnya.... kalau dh dinamakan rakyat malaysia, makan mesti top priority,  every second mesti fikir makan..makan...makan...sampai kadang2 decision nak makan apa kena ambik masa lebih lama dari org mesyuarat.

Tu baru bab makanan, belum masuk bab2 yang lain..Walaupun korang duduk Dubai sekali pun, tetap rindu roti canai, nasi lemak, teh tarik semua tuh..lebih2 lgi Mak sendiri yang masak. kan...kan...kan


TAPI,

Itulah resam perantauan, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung, Bila dh duduk di tempat orang, kita kena sesuaikan diri. Belajar untuk berdikari. Maka dengan ini saya mengakui cambodia telah mengajar sedikit sebanyak erti syukur sebagai rakyat malaysia. Walaupun negara Malaysia bkn yang terbaik, Tpi kami masih boleh melangkah tanpa batasan, makanan tak habis2, pilih jer nak makan ape, semua ada.

Disini suasana agak berbeza, pergerakan agak terbatas, pengangkutan awan jugak terbatas, itu belum masuk bab komunikasi, dh macam itik dengan ayam kadang2. Bab makanan halal, xyh ceritalah mmg susah nak dapat, kena bergantung kepada masyarakat muslim disini. 

Nilai mata wang jugak agak tinggi iaitu USD, bayangkan kami hidup dengan 200 USD setiap bulan, mmg agak kesempitan...

Setibanya kami semua di bumi cambodia, kami dh merasai cabaran yang pertama, rumah penempatan agak jauh dari tempat kerja, perbelanjaan pergi balik 10 USD sehari, Rumah 400 USD sebulan. Keluar pergi bandar 10 USD pergi balik, tu belum ckp harga barang makanan..

SO, 

Mcm mana kami hidup, rahsianya adalah muafakat, bila dh duduk di perantauan, di tempat yang asing pada kami, kemuafakatan adalah penting, inilah masa untuk masing2 belajar hidup bersama, belajar untuk ketepikan kepentingan diri, ego dan bersedia untuk menolong antara satu sama lain. Bila dh bermuafakat maka bnda dari segengam akan jadi segantang. Yang susah jadi senang.

Ada antara kami semua tidak kenal antara satu sama lain, tpi bila permuafkatan diamalkan, terasa dh jadi macam suatu keluarga. Kesusahan yang dialami akan hilang bila bergelak ketawa dan berjalan bersama.

Hasilnya, kami dapat suatu moment yang tidak ternilai. hatta duit USD pun xmampu nk bli moment-moment yang kami dpt. So..this is our moment..


 Bertapa nikmatnya dpt brg mlysia walaupun bihun hihih...

 Terima kasih MISSSSSSSSSS....

 Xperlu kata apa2...

 Russian Market shopping time...

  We are sisters

 Picture time...




 Abaikan yang lain..Fokus pada yg pink shja haha..

Fokus Cik My pulak....
 Skrg bru fokus pada kami....

 Xdpt  korea..cambodia jadilah...




 Senyum....










 University Manchester of Cambodia hihihi..

 Candid time.........

 From now on, just let the picture talk......































That all for Today.. thank you all for this beautiful moment,

TO BE CONTINUE........
 

No comments: