Muzium pembunuhan Tuol Sleng terletak di Phnom Penh, Kemboja.
Asalnya, muzium ini ialah sebuah sekolah menengah, yang ditukar menjadi penjara
sewaktu komunis bertakhta di Kemboja pada tahun 1975-1979.
Aspirasi Khmer Rouge di bawah pimpinan mendiang Pol Pot ialah
untuk menubuhkan negara komunis, dan empat bulan selepas Khmer Rouge memenangi
perang sivil pada tahun 1975, penjara Tuol Sleng digunakan untuk memenjara,
menyeksa dan menjalankan hukuman bunuh ke atas rakyat Kemboja dan rakyat asing
yang dianggap bekerjasama dengan negara asing untuk menakluk Kemboja.
Dari tahun 1975 – 1979, dianggarkan 17,000 orang telah ditahan di
penjara Tuol Sleng (juga dikenali sebagai S-21). Ada yang menganggarkan
jumlahnya ialah 20,000 orang, tetapi jumlah sebenar tidak diketahui. Dari
17,000 orang ini, hanya 7 orang diketahui terselamat, dan hingga ke hari ini,
hanya tiga orang dari angka yang terselamat ini masih hidup.
Cerita dari
mangsa yang terselamat bukanlah cerita yang enak didengar. Kebanyakan yang ditangkap
ialah individu berpelajaran tinggi dan bekas pegawai-pegawai kerajaan, serta
keluarga mereka. Gambar-gambar mereka pula ditangkap oleh seorang jurugambar
yang pada masa itu seorang remaja yang benama Nhem En. Rejim Khmer akan memaksa
mereka yang ditangkap untuk mengakui yang mereka ialah ejen CIA atau KGB atau
Vietnam, dengan menyeksa mereka sehingga menandatangani pengakuan.
Selepas
mendapat pengakuan, banduan tadi akan dibunuh. Pihak Khmer tiada belas kasihan
kepada wanita, kanak-kanak atau bayi: kesemuanya dibunuh dan diseksa dengan
kejam. Banduan dipakaikan rantai kaki, dipaksa hidup dalam keadaan sempit,
dipaksa makan najis atau minum air kencing sebagai kaedah penyeksaan, dibelasah
dengan teruk dan adakalanya dipukul dengan besi, parang atau apa jua senjata
sampai mati. Ada masanya mereka dipaksa menjadi subjek ujian perubatan untuk
pembedahan yang menyebabkan kematian mereka.
Tanah di
sekeliling penjara Tuol Sleng menjadi sesak dan tidak lagi dapat menampung
mayat-mayat, jadi pihak penjara kemudiannya membawa banduan-banduan ke padang
penghapusan Choeung Ek, di mana banduan tadi dipukul dengan besi atau senjata
beramai-ramai, kemudiannya mayat mereka ditimbus di situ.
Episod ngeri di Tuol Sleng berakhir pada tahun 1979, apabila Vietnam menakluki Phnom Penh. Seorang wartawan Vietnam yang mengikuti tentera Vietnam telah menjadikan mayat-mayat reput sebagai pedomannya untuk berjalan, sehingga menemui penjara Tuol Sleng. Pekerja-pekerja penjara telah melarikan diri, dan sempat membunuh hampir kesemua banduan, dan menghapuskan sebahagian negatif gambar banduan. Tetapi kebanyakan negatif ini berjaya diselamatkan, dan menjadi bukti kepada wujudnya banduan yang ditangkap dan diseksa sampai mati di Tuol Sleng.
Namun, hanya
bekas pengurus penjara Tuol Sleng iaitu Comrade Duch, telah ditangkap dan
dipenjarakan atas jenayah perang. Itu pun, beliau telah melepaskan diri selama
berbelas tahun sebelum tampil menyerah kepada kerajaan Kemboja sekitar tahun
1995, mendakwa telah insaf dan mahu bertanggungjawab atas kekejaman yang
dilakukannya. Staf-staf lain, serta pemimpin Khmer yang mengarahkan kekejaman
dilakukan tidak berjaya ditangkap dan dihukum atas jenayah mereka, termasuk Pol
Pot. Duch kini sedang menjalani hukuman penjara dan mungkin tidak akan keluar
sehingga akhir hayatnya.
Namun
foto-foto ini akan kekal dipamerkan di dalam muzium Tuol Sleng, sebagai bukti
kewujudan mereka yang menjadi mangsa kekejaman rejim yang tidak ubah seperti
dirasuk syaitan. Sekurang-kurangnya generasi baru Kemboja akan menghargai kebebasan
mereka yang mahal, setelah terpalit sejarah hitam pernah ditakluki rejim
komunis yang anggotanya terdiri dari anak bangsa mereka sendiri.
Polpot
sebenarnya anak angkat kepada Raja Kemboja pada waktu itu.Zaman kekejaman ini
berlaku pada tahun 1975 - 1979.Masih segar lagi. Sewaktu Amerika dan Perancis
cuba untuk menjajah atau menduduki Kemboja, Polpot yang pada waktu itu baru
sahaja menerima fahaman Komunis , mengambil keputusan untuk menerajui sendiri
Negara Kemboja.Raja yang memerintah pada waktu itu berada di Perancis.
disebabkan fahaman Komunis yang diterima oleh Polpot, dia telah memerintahklan
semua para ilmuwan , bijak pandai, doktor, profesor , ahli agama tidak kira
Islam dan Buddha mestilah dihukum bunuh. Target nya yang tinggal adalah rakyat
yang kurang pandai dan juga tiada pegangan mana-mana agama. Apa yang dialami
oleh penduduk Kemboja pada waktu itu amatlah dasyat.Mereka sebelum diseksa
diambil gambar terlebih dahulu , diseksa dan kemudian diambil gambar
semula.Sungguh terseksa melihat kesan penyiksaan di penjara tersebut.Tompok2
darah masih wujud lagi di bilik2 penyiksaan.
No comments:
Post a Comment