Program Ibadah Korban Di Kemboja


 Sambutan hari raya korban di Kemboja memberi seribu satu pengalaman buat kami. Tahun ini, program sambutan Aidiladha diadakan hasil kerjasama pihak Universiti Kuala Lumpur dan Program Kemboja anjuran Encik Bukhari dan Encik Basit.

Sambutan hari raya korban lebih di utama kan di Kampung Chroy Chongva di mana majoriti penduduknya tinggal di atas sampan yang sangat usang. Segala aktiviti harian mereka di lakukan di atas sampan. Itu lah tempat tinggal, tempat makan, tempat mereka masak, tempat mereka meluangkan masa lapang mereka bersama keluarga.

Baru-baru ini pembinaan Sokka Hotel memaksa mereka beralih tempat. Membuat kelompok mereka hilang dari pandangan kebanyakaan orang yang kerap berada di Riverside dan Mekong River. Keadaan mereka di sana sangat daif dan sadis di mana tempat mereka tinggal sangat berasingan dengan kampung-kampung yang berdekatan. Keadaan jalan masuk dan keluar sangat sukar untuk mereka keluar ke bandar.

Kedatangan kami dan pihak university sangat mengembirakan mereka. Majoriti mereka tidak melepaskan peluang untuk menyertai program korban yang kami anjurkan. Nampak kegembiraan dari air muka mereka masih ada lagi orang islam yang mengigati mereka walaupun sudah di pulau jauh dari kampung halaman mereka sendiri, sampai mereka sendiri enggan untuk keluar dan bergaul dengan orang kampug yang lain.

Setakat ini program ini telah berjalan dengan lancar dan telah mendapat perhatian dari perbagai pihak sama ada dari Malaysia, Kemboja mahupun negara-negara lain. Kami berharap program seperti ini dapat di perluaskan dan di perbesarkan supaya dapat membuka mata pelbagai lapisan masyarakat untuk lebih perihatin dalam membangunkan ummat islam walaupun di mana-mana sahaja.











No comments: