Hello Vietnam

Sebelum peristiwa aten jatuh tangga lagi kami dah merancang mahu melawat salah satu negara jiran Kemboja iaitu Vietnam untuk mencari pengalaman baru dan belajar sesuatu yang baru.Alhamdulillah bila kaki aten beransur sembuh dan dapat kebenaran untuk kesana.Dengan menaiki bas yang memakan masa selama 8 jam, tepat jam 1.30 pagi waktu kemboja kami telah bergerak ke Vietnam.


Pada jam 8 pagi kami telah selamat sampai sempadan kemboja vietnam dan bila selesai segala urusan perjalanan diteruskan menuju ke Ho Chi Minh City.Pada jam 10 ++ kami dengan jayanya tiba di bandar Ho Chi Minh sebuah bandar yang bersih dan menarik untuk dilawati.Oleh kerana kami kesana pada hari sabtu dan ahad maka ramai warga Malaysia yang kami jumpa disana.Perberlanjaan untuk makan disana lebih tinggi berbanding di kemboja dan kami sering diingatkan serta dinasihati oleh penduduk sana untuk menjaga segala beg dan peralatan kami.Tak semua penduduk mereka ramah dan tak semua sombong tapi kebanyakkan yang kami jumpa semuanya okay.Sebelum kami bertolak ke Vietnam lagi pihak Embassy Tuan Kolonel dan Tuan Sarjan , Atuk (dnyonya cafe) serta En.Bukhari dah menasihatkan kami segala pantang larang semasa berada di Vietnam, kami juga saling beringat antara satu sama lain dan menjaga satu sama lain, alhamdulillah kami seramai 19 orang berjaya menempuh kehidupan sebagai backpackers selama dua hari satu malam di Vietnam.



Ho Chi Minh City Hall antara banggunan yang kami terjumpa sepanjang kami berjalan disini.Sepanjang berada disini, rombongan cik kiah tidak menaiki sebarang transport awam mereka, kami hanya berjalan kaki sepanjang masa dan bila sesat kami bertanya pada penduduk tempatan.Tapi sedih bagi kami yang kaki gila bergambar ni, sebab pergi sana kami tidak membawa camera mahal kerana takut dan hanya sempat mengambil gambar pada bila keadaan yang kami rasa selamat, tetapi koleksi gambar tetap ada :)






















Insya ALLAH kalau ada rezeki kami akan kesana lagi.Terima kasih yang tak terhingga kepada ATUK (Dnyonya Cafe) kerana malam kami balik semula ke Kemboja beliau telah menaja makan malam kami semua.Terima Kasih sangat-sangat ada rezeki belanja kami lagi yeeaaa hehehehe :) 

No comments: