Jadual program bermula seawal 8.00 pagi.Kami dijemput untuk hadir bersama - sama menjayakan program tersebut.Malah kami juga telah dijemput untuk memasuki pertandingan memasak namun , disebabkan alat alat memasak adalah tanggungan sendiri termasuklah tong gas , menghadkan kami untuk terlibat sama.
Selain pertandingan memasak terdapat juga acara lain seperti lottery ( mcm cabutan bertuah ) , jualan produk RUA bahagian Agro Industri , Sains Makanan. Mereka menjual air soya asli dan air sirap rossela keluaran pelajar RUA sendiri.Selain itu juga , air wine buatan pelajar RUA sendiri dan banyak lagi.Harga produk RUA juga berpatutan dan murah.
Selepas selesai pertandingan memasak , semua pelajar dan warga RUA diarahkan untuk ke dewan besar mereka untuk acara kemuncak iaitu lottery ( cabutan bertuah ) . Antara hadiah utama adalah , 3 biji laptop jenama ASUS , set kipas , pendrive USB , basikal , dan hadiah utama , sebuah motosikal jenama Scoopy.
Agak lama juga rasanya acara itu berlangsung disebabkan kami tidak faham bahasa yang pihak pengacara ( MC ) cakap.Namun begitu seronok dapat bersama - sama melihat kerenah dan gelagat pelajar dan baju tradisional yg mereka pakai untuk acara rasmi tersebut.Program berakhir dalam pukul 12 waktu kemboja.
Korean yg join pertandingan memasak.
Produk makanan dan minuman hasil buatan pelajar RUA sendiri
Sekitar stall yang menjual produk RUA
Dalam dewan besar
Cabutan bertuah
Pengacara acara majlis
.Akhir sekali wanita sekalian, Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia ! Kerana dirimu begitu berharga. :)
]]]
No comments:
Post a Comment