MAKAN ANGIN DI VIETNAM


~MAKAN ANGIN DI VIETNAM~




Sempena cuti sambutan perayaan tahun baru cina, kami pelajar intra mengambil peluang untuk bercuti di Vietnam selama 4 hari 3 malam. Perjalanan pergi balik mengambil masa selama 12 jam menaiki bas. Sebelum melepasi sempadan Vietnam, kami perlu menyeberangi laut dengan menaiki feri selama 20minit. 

Selama berada di Vietnam kami bermalam di Thanh Ngoc Hotel yang berdekatan dengan perhentian bas yang kami naiki. Tuan empunya hotel amat ramah dan mesra menyambut kedatangan kami. Kami sampai di Vietnam tepat jam 10 malam. Untuk aktiviti malam itu kami hanya makan malam dan berehat setelah melalui perjalanan yang lama.


Hari kedua, tepat jam 10 pagi, kami mula meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu bersiar-siar di bandar Ho Chi Minh terlebih dahulu. Selesai makan tengahari kami meneruskan perjalanan kami menikmati keindahan dan keunikan bandar Ho Chi Minh. Kami juga berpeluang menikmati keindahan bunga, yang mana terdapat "Pesta Bunga" ketika itu sempena sambutan perayaan tahun baru cina. 


Hari ketiga, selepas sarapan bersama kami meneruskan aktiviti seterusnya iaitu melawat "Muzium Perang" yang berdekatan dengan bandar Ho Chi Minh. Di sana kami sempat melihat sejarah-sejarah peperangan dan alat-alatan peperangan. Pelbagai infomasi yang boleh diperolehi di situ. Selepas itu, kami meneruskan aktiviti membeli-belah yang mana aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh pelajar perempuan. Tempat yang menjadi tumpuan kami adalah "Pasar Bent Than" yang mana pasar ini amat popular di kalangan pelancong-pelancong yang datang ke Ho Chi Minh. Pasar ini menjual pelbagai jenis kain, kraftangan, kopi, dan barang-barang lain yang menjadi pilihan pelancong. Semua barang yang terdapat dalam pasar ini boleh di beli secara runcit dan borong. 



Pada hari terakhir, kami hanya menjalankan aktiviti sendri. Terdapat beberapa pelajar yang bersiar-siar berdekatan dengan hotel penginapan dan terdapat juga pelajar yang hanya merehatkan diri di bilik mereka. Tiket bus untuk balik ke Kemboja tepat jam 3 petang. Selepas makan tengahari bersama, kami daftar keluar hotel dan terus pergi ke perhentian bas dan balik ke Kemboja.


No comments: