Karangan ini mempunyai dua bahasa.
» Tekan Di Sini Untuk Bahasa Malaysia «
Sabtu lalu kami diberitahu oleh Encik Shanmuga mengenai ketibaan beberapa pensyarah ke Cambodia untuk bercuti memandangkan UniKL sedang bercuti semester selama seminggu. Saya yang telah diberitahu oleh Cik Sharaz lebih awal mengenai rancangan beliau untuk bercuti di Phnom Penh berusaha keras untuk menghubunginya pada Jumaat malam kerana beliau memberitahu saya mengenai penerbangan beliau beberapa hari lebih awal. Malang sekali kerana telefon bimbit kepunyaan Cik Sharaz berada diluar kawasan disebabkan tidak mengaktifkan Penggunaan Telefon Bimbit Luar Negara. Saya sedikit hampa kerana hasrat untuk menemani Penasihat Akedemik saya terbantut. Selepas Encik Shanmuga memberitahu kepada rakan saya mengenai kehadiran Puan Surianna, saya bergegas menelefon Puan Surianna yang kebetulan mengikuti percutian Cik Sharaz ke sini. Saya bernasib baik telefon bimbit Puan Surianna mendapat isyarat dan kami mencuba berkali-kali untuk menghubunginya kerana keinginan untuk berjumpa dengan Koordinator Program saya. Alhamdulillah panggilan kami akhirnya berjawab dan kami menetapkan waktu untuk berjumpa. Memandangkan hari lewat maka agak susah untuk kami mendapatkan servis tuk-tuk. Kami berjaya mendapatkan tuk-tuk lalu bergegas ke Hotel Holiday Villa untuk bertemu dengan Puan Surianna dan Cik Sharaz. Setibanya di hotel kami bergambar dan berbincang untuk mencari tempat sesuai untuk berbicara lebih lama. Setelah itu kami menuju ke kedai berhampiran Riverside untuk berbincang. Sekali lagi mencari servis tuk-tuk tatkala lewat malam ( disini mereka tidur seawal jam 9PM waktu Malaysia ) agak sukar. Kemudian kami berunding mengenai harga dengan pemandu tuk-tuk ( protip : jika anda bijak merunding harga yang dikenakan lebih rendah ) dan menuju ke Riverside. Kami berborak panjang sana dan menerangkan segala langkah kami dalam pembinaan sistem dan laman sesawang untuk RUA Cambodia. Puan Surianna dan Cik Sharaz juga memberikan beberapa cadangan bernas yang boleh digunakan dalam pembinaan sistem kami. Dengan kesempatan itu saya dan Aidil bertanya mengenai subjek Projek Akhir Tahun memandangkan kami tinggal setahun lagi di UniKL MIIT. Setelah itu kami pulang semula ke hotel dan mengucapkan selamat tinggal kerana mereka akan pulang pada keesokkan harinya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Surianna dan Cik Sharaz yang datang bercuti dan memberikan kami semangat untuk menamatkan latihan industri kami dengan sempurna. Terima kasih juga kepada Puan Hatta dan sahabat Puan Surianna yang hadir bersama untuk berborak pada malam itu.
» Click Here for English «
Last Saturday we have been told by Mr Shanmuga about few lecturers will be visiting Cambodia for holiday trip since UniKL is on semester break for one week. I have been told earlier by Ms Sharaz about planning on visiting Phnom Penh was eager to call her on Friday night because she already told me about her flight on Friday. Too bad as Ms Sharaz cell phone was out of coverage at that time due to not activating Roaming Services. I was a bit disappointed because my planning to accompany my Academic Advisor futile for a while. After that Mr Shanmuga told my friend about Mdm Surianna also coming here for holiday, I rushed to call Mdm Surianna which is accidently following Ms Sharaz holiday to here. I was lucky since Mdm Surianna phone can be reached and our planning of meeting my Program Coordinator has been shine. After few attempts, Alhamdulillah my call is reached and we planned for a short meeting. Since its already late so its hard for us to get Tuk-Tuk service. At last we manage to get a Tuk-Tuk and rush to Hotel Holiday Villa for meeting with Mdm Surianna and Ms Sharaz. As we arrived to hotel we take few pictures and then we planning for a proper place for short meeting. After that we plan to go to nearby shop around Riverside for further conversation. Same as before, we also getting hard to find a tuk-tuk service (as people in Cambodia sleeps early at 9PM Malaysian time). Then we found tuk-tuk and negotiating with tuk-tuk ( protip : if your negotiating skills is better, you got a better chance for cheaper price ) and heading to Riverside. As we arrive we discussing about our steps in developing a system and website development for RUA Cambodia. Mdm Surianna and Ms Sharaz also giving us few ideas and tips for our system development. Aidil and I also asked Mdm Surianna for our Final Year Project as we only left one year to graduate our study. After long discussion we head back to hotel and says good bye as they will be heading Malaysia on the next day. We would like to thanks Mdm Surianna and Ms Sharaz that visiting here for holiday and giving us spirit for completing our internship with full success. And also we would like to thank you Mdm Hatta and Mdm Surianna friend for short chatting with us.
Picture/Gambar
~Written By/Dikarang Oleh : Ikhsan Saufi ~
No comments:
Post a Comment