tapi, disebab kan majlis rasmi yang macam ini, semua dikehendaki untuk pakai pakaian formal beserta dengan sut. oleh sebab kami berasa sangat teruja yang melampau, dengan penuh bersemangat nya kami pergi ke phsar thmey dan toul toum pong untuk beli sut.
majlis dikata kan bermula seawal jam 8pagi. kami dikehendaki untuk hadir antara jam 6.30 ke 7pagi di universiti. ketika sampai, ramai pelajar RUA yang dah berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan. ada yang dah siap memakai jubah dan bergambar beramai-ramai.
kami naik ke pejabat sebentar dan disambut dengan kematian tikus yang selama ini menghuni pejabat kami. syabas diucap kan kepada penjaga bangunan kerana telah berjaya menangkap tikus itu. melihat kan ramai pelajar yang seronok bergembira dengan kawan-kawan membuat kan beberapa kami teringat akan majlis graduasi kami yang lepas.
kepuasan yang terpamer setelah usaha bertahun-tahun, untuk mendapat kan sekeping ijazah akher nya tercapai. majlis graduasi mereka di sini tidak lah eklusif macam yang biasa dianjurkan di malaysia.
dengan kawalan sekuriti yang ketat, majlis dihadiri kebanyakan nya oleh pelajar dan kakitangan universiti sahaja.
majlis bermula dengan ucapan aluan dan di ikuti oleh alunan lagu kebangsaan kemboja. kalau di malaysia, kita menyanyi kan lagu negaraku seiring dengan musik. tetapi di kemboja, hanya musik yang dipasang kan selama 2 minit lebih kurang dan itu sahaja.tiada sebarang adat istiadat atau pun kebudayaan yang laen.
seterusnya ucapan daripada rektor RUA(Dr. Ngo Bunthan) dan disambung oleh ucapan perasmian daripada perdana menteri. selesai ucapan, perdana menteri menganugerah kan sijil kepada lebih kurang 20 orang pelajar cemerlang daripada beberapa fakulti dan majlis pun selesai.
kalau di malaysia, majlis biasa nya bermula dari awal pagi hingga lewat petang. dan kadang-kadang mengambil masa hingga beberapa hari. tetapi bagi RUA, majlis yang sangat ringkas untuk menutup tahun pengajian bagi pelajar universiti di kemboja. kami dimaklum kan, pelajar lain akan mengambil sendiri transkrip mereka di bahagian akademik selepas itu.
yang lebih mengasyik kan kami, sejurus selepas kami keluar, pekerja buruh universiti terus menggulung karpet di pentas utama dan mengangkat kerusi VIP naik ke atas lori. bendera-bendera yang berkibar dicabut dan kawasan universiti itu lengang hampir secepat mungkin. tiada lagi hiasan-hiasan yang tergantung cantik.
suatu keadaan yang agak memeranjat kan kami dan sedikit sebanyak buat kami bersyukur dengan apa yang ada di malaysia.
apa pun, kerja harus diteruskan. kami harus menyiap kan beberapa perkara yang perlu untuk sesi pembentangan pada hari isnin dengan pihak universiti. menerang kan perkembangan semasa untuk development sistem dan juga laman web.
till then, enjoy the pictures taken around the graduation ceremony. (^_^)
ucapan perdana menteri kemboja |
penganugerahan ijazah |
bekas pensyarah daripada canada |
bukhari bersama rektor RUA |
liputan khas dari media |
bakal graduan (^_^) |
MIITEAM |
No comments:
Post a Comment