Makanan dan Massage


Pada hari ini lebih kurang pukul 2.30 petang, saya dan Idris berhajat untuk pergi ke Lucky Market City Mall untuk membeli sedikit barang makanan untuk dibawa semasa berkerja nanti. Semasa perjalanan kami ke City Mall. Kami ternampak satu kedai "massage" yang dari luar nampak agak menarik. Kami berhajat selepas membeli barang keperluan yang kami ingin terus ke kedai "massage". 


Bercerita balik mengenai makanan disini terutama makanan kering. Seperti di Lucky Market makanan halal adalah mudah didapati kebanyakkannya datang dari negara seperti Malaysia, Thailand, Vietnam dan Singapore. 
Mengenai harga pula, makanan halal adalah mahal sedikit di sini berbanding di Malaysia. Namun ini tidak menjadi halangan kami disini untuk terus memilih makanan halal disini walaupun harganya sedikit mahal. 
Kami mengutamakan prinsip "Halalan Tayyiban" dan "IMP (Islamic Manufacturing Process)". 


Sedikit sebanyak makanan kering Halal yang boleh didapati di Lucky Market. 








Selepas kami selesai membeli barang yang di hajati. Kami terus menuju ke pusat massage dengan menaiki "Tut-Tut". Di sini kami memilih foot massage dengan harga $7 tetapi kami mendapat diskaun hanya membayar $6 seorang. Dari segi layanan dan urutan agak baik di sini. Pengunjung dari negara barat juga minat datang ke kedai Massage & Spa ini. Rata-rata pengunjung Eropah minat untuk perkhidmatan "Classic Pedicure and Minicure". Suasana di pusat Spa dan Massage ini jugak menarik dengan aroma bau serai wangi, dan memainkan muzik 'instrumental'. 







Salam Hormat dari Pengarang Bertugas.. 

No comments: