Pelbagai tarian traditional yang kami kena persembahkan... orang yang mengajar kami tu adalah orang-orang yang akan membuat persembahan dengan kami pada hari persembahan tersebut...(orang-orang kedutaan dan orang-orang malaysia yang tinggal kat kemboja ni gak). Semua yang buat persembahan dengan kami tu sudah berumah tangga... Dah lah balik-balik kerja terus pergi latihan, tak tukar baju pun dan sangat-sangat bersemangat untuk menari, kalah kami yang muda-muda dan yang tak berumah tangga lagi niii... Itu lah semangat kami untuk berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan satu persembahan yang baik yang akan di tunjukkan pada hari persembahan nanti...
Kejang gaklah kaki dibuatnye... lenguh-lenguh tangan tu sudah semestinya... berpeluh tu tak yah cita lah... ade yang basah baju gak lah... tapi tak pe, baik untuk kesihatan...
Ade jugak Datin yang turut serta, banyak jugaklah dia bagi idea-idea yang bernas... Datin ni sangat-sangat baik, bila bergaul dengan dia, macam bergaul dengan orang biasa, nak gelak, nak meloncat depan dia, dia lagi suke, silap-silap dia pun sama. Dia ada jugak bawakan kami semua cup kek pisang yang gebu dan lembut masa kami buat latihan tu...(sedap kut... dia buat sendiri).
Kami jugak dimintak untuk memilih beberapa buah lagu, untuk digabungkan menjadi satu buah lagu yang boleh di buatkan pelbagai tarian traditional. Di atas permintaan, banyak kali gak lah kami ubah lagu tu... tapi tak pe janji boleh tunjukkan yang terbaik nanti.(ini lah tugas sebagai seorang IT)
ape-ape pun kami happy sangat-sangat bila kami menyertai persembahan ini...
kat atas tu... team kami. jom tengok kami menari (tah ape-ape tah kami menari)
tengah bincang pasal camna nak buat tarian tu
ha... dapat pun camna nak buat, jom...
masa ni lah ade yang kejang kaki
edit lagu
sambil-sambil edit, tengok camera jap
tengah cari lagu
yang belakang tu tengah ubah lagu lagi... budak kecik tu pun nari same..
"alamak! salah lah pulak"
pusing jangan tak pusing
ini lah penamat tarian semazau
rest jap
"camna nak buat niiii?"
No comments:
Post a Comment