~MIIT Rangers visited the muslim Village~


              Kali ini  MIIT Rangers telah melawat kampong Cham .Kampong cham adalah diantaranya dimana kita boleh jumpa ramai orang muslim disini .Dalam kampong cham ada 110 kampung dan seramai 5 ribu penduduk mendiami disitu .Kampung yang pertama ialah Treu Village .Kami simpati melihat kawasan kampong tersebut ,sekarang adalah musim hujan dan mengalami banjir yang sangat teruk. Pengalaman kami dikampung tersebut sangat menarik ,kami dapat peluang untuk menaiki perahu dan bot ke tempat itu.Sampinya kami di True Village kami kena menaiki perahu ke rumah Ketua kampung . Sebelum ke rumah ketua kampong ,kami sempat singgah di pasar jalanan dan melihat mereka berjual-jualan. Waaaa sangat mesra penduduk kampung ini Mereka menyambut kedatangan kami dengan baik.Kami menjamu selera di rumah Ketua kampong ,lazat sungguh masakan mereka iaitu itik rendang ,dan ikan bakar .Selepas itu ketua kampong membawa kami jalan-jalan kampung dengan menaiki perahu. Pengalaman yang sangat bermakna dan akan dikenang sampi bila-bila.


  Selepas ke kampong True kami ke destinasi seterusnya iaitu Sper Village .Dari Kampong True 50 km ke Sper village .Dalam perjalanan ke kampong tersebut kami terperangkap dalam banjir .Itu penyebab kami tersangkut lama dalam perjalanan.Setibanya kami di sper village ,penduduk kampung tersebut telah menunggu kedatangan kami . kami berkenalan dengan Ustaz Ilyas ,beliau adalah Imam di Kampong Itu .Kami pun tidak membuang mase dan terus memulakan perbincangan kami tentang program yang akan diadakan di kampong itu .   Tujuan utama kami ke kampong itu adalah tentang program Qurban yang akan dilaksanakan disini . Ini adalah program qurban yang pertama akan dibuat di Kampong Cham .Kami disini mewakil UniKl untuk melaksakan program tersebut .


             Program tersebut akan diadakan pada Hari Raya Qurban pada 6 november 2011 . Kawasan yang kami pilih ini juga penduduknya sangat miskin dan UniKL akan memberi Lembu dalam 5 ekor untuk diqurbankan di kampong tersebut . Sampi disini sahaja cerita tentang MIIT Ranger melawat Kampong muslim di cambodia ini .

No comments: