Assalamualaikum dan salam sejahtera Dari MIIT Rangers
.
Kini tiba lah saat orang islam menunaikan ibadah puasa .Pada bulan yang mulia ini juga tidak ketinggalan kami pun meraikan ibadah puasa tetapi diperantauan . Lain rasa nya apabila menyambut bulan Ramadhan tanpa keluarga tersayang.Tidak pernah kami mendapat pengalaman sebegini .Kami berlima berpuasa dalam keadaan yang ala kadar dan sederhana.Sepanjang 30 hari kami menyambut bulan Ramadhan kami hanye berbuka puasa dengan memasak tiada bazzar Ramadhan disni ,itulah rutin kami berlima dalam bulan Ramadhan apabila waktu bekerja.Berpuasa diperantauan tidak sama bila di Malaysia ,kami mendapat pengalaman yang sangat bermakna dan tidak semua orang boleh merasanya.Kadang-kadang kami mendapat jemputan dari pihak kedutaan Malaysia untuk berbuka puasa sama disana serta solat tarawikh. Mereka sahaja keluarga kami disini tidaklah kesunyian bila disini. .Tidak ketinggalan kami ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Pihak UniKL telah menghantar Kuih Raya pada kami .
kuih Raya Dari UNIKL |
Waaaaaa .. Setelah 1 bulan berpuasa kini tiba pula " Hari Raya" jika di Malaysia pasti kami berlima keluar untuk membeli-belah sakan., etapi kali ini kami hanya membeli-belah dengan sederhana sahaja.Apabila tibanya Hari Raya kami sangat teruja ,maklumlah setelah 1 bulan berpuasa kini Raya pula.Kami juga mendapat jemputan dari pihak kedutaan Malaysia untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga disini. Yang paling kami teruja diantaranya ialah kami telah diberi kebenaran untuk menginap disalah sebuah rumah didalam kuarters kedutaan Malaysia selama 1 minggu . Rumah tersebut didiami oleh pegawai Jabatan Perdana Menteri .Kami sangat-sangat menghargainya. TERIMA KASIH kepada Duta Malaysia Datuk Duta.
Bersama Dato & Datin |
Pengalaman yang tidak akan kami lupakan ,saat manis bila sambut hari raya disini akan kami akan ingat sampi bila-bila. Walaupun tidak semeriah sambutan malam raya di Malaysia tetapi kami tetap merasai suasana Hari Raya . Pada Malam Raya juga kami semua bergotong-royong membakar lemang .
Membakar Lemang |
Pada pagi Raya kami ke Masjid Toul Tom Pong ,ramai rakyat Malaysia menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri disitu.Selepas itu kami menjamu selera dirumah dan beraya di rumah Malaysia .Meriah sungguh berhari raya di sini bersama semua ahli keluarga disini .Kami juga dijemput ke setiap rumah terbuka ahli keluarga disini . Huhh pelbagai juadah makanan dapat kami rasa ,enak sungguh.
Kami juga terlibat dalam majlis rumah terbuka kedutaan malaysia. Sehari sebelum majlis tersebut kami bekerjasama dengan semua orang disini untuk membuat persiapan untuk keesokannya.WWaaaaa .. bila tiba mase nya ,kelihatan sangat ramai juga rakyat Malaysia bekerja disini hampir 1 ribu orang . Kami sempat juga berkenalan dengan mereka semua .
Beraya disini tidak sama seperti kami beraya diMalaysia.Walaupun kami rasa gembira beraya disini tetapi keluarga kami diMalaysia tetap dihati .walau bagaimanapun sambutan hari raya bersama keluarga tercinta sangat kami rindu bila kami disini .Dengan ini Kami MIIT Ranger ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri |
" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN "
Done bye lynda
No comments:
Post a Comment